![]() |
Pahlawan Shell Petronas |
Bertolak pada tengah malam pukul dua pagi dari Kuantan untuk menghadiri Perjumpaan ke dua BBSTC (Big Boys Small Toys Club). Sampai KL subuh, dah tak tau nak kemana. KL pagi-pagi siapa yang rajin sangat nak bukak shopping complex? Hah?
![]() |
Toyota KE70 ute |
Dan pertama kalinya berjalan-jalan antara stesen LRT ke stesen LRT lain, tersalah bajet nak turun kat mana, dan keinginan untuk mengetahui antara sebab aku kepenatan sampailah sekarang entry sedang ditulis ni. Tak pernah rasanya aku berjalan sepenat begini, walaupun aku naik motor.
![]() |
sebagai peminat van resing, rasa bersalah lak kalau tak letak gambar ni.. Toyota Hiace |
Berjumpa dengan rakan-rakan yang sekepala dalam bidang kereta kecil skala dua puluh empat ni, memang pengalaman yang terbaik. Dan aku akhirnya kenal dua orang Kuantan yang datang ke event ni. Boleh la lepas ni ada sesi TT (teh tarik) untuk Kuantan, bincang-bincang pasal mokit, modify sket dan sebagainya.
![]() |
Proton Arena convert jadi Mitsu Lancer Evo III |
Bila tengok hasil kerja tangan mereka, rasa kerdil pulak diri ini semalam. Maklumlah, budak baru nak belajar. Tapi setakat ni, aku tak berapa nak puas hati lah, Skill spray, skill sanding semua tak lengkap lagi. Mau pergi bertapa lagi lah.
![]() |
jom berbasikal |
![]() |
jomm.. |
![]() |
Toyota KE70 dan Toyota Celica |
![]() |
Toyota TE27 |
![]() |
Subaru Impreza. |
![]() |
enjin 13B Mazda RX7 |
![]() |
Toyota Prius pun ada, jangan tak tau.. |
![]() |
Teksi Klang. Asal Proton Wira, owner asal tukar jadi Evo III |
Salah satu model kereta yang menarik perhatian aku ialah kehadiran R35 dengan kit Bensopra. Ini merupakan kali pertama aku melihat di depan mata sendiri kit Bensopra ni, sebab dah lama layan video dari Youtube aje.Serius terbaik kit ni.
![]() |
antara kit yang menarik perhatian, memperkenalkan Nissan R35 Bensopra! |
Aku mengharapkan Rocket Bunny menginterfremkan diri pada masa akan datang. Haha..
![]() | |||
Nissan R35 Bensopra |
Untuk kali ini, aku membeli Nissan Skyline R33, Toyota Celica ni ten hachi daburu ekkusu (2.8 XX) dan rim TE37, tapi tu semua untuk simpanan dahulu. Aku tak bercadang nak pasang lagi, sebab ilmu tak berapa nak ada sangat. Kali ni, biarlah aku belajar apa yang patut dahulu, baraikan apa yang tak patut, dan kemudian aplikasikan pada barang² di atas.
![]() |
Nissan Skyline R33 + Toyota Celica XX + Volk Racing TE37 |
Tengoklah nanti. Satu hari nanti. InsyaALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan