Pages

Isnin, 4 Februari 2013

Tips Atas Jalan



Sedikit tips untuk mereka yang suka memandu, dan menunggang motorsikal. Rasanya benda ni pun dah belajar dalam kelas memandu, tapi berapa ramai aje yang praktikkan? 

1. Sebelum memandu, pastikan segala macam organ badan berfungsi dengan baik, tiada delay signal daripada sistem saraf, dan pusat kawalan otak berfungsi 200%. Maknanya, kita mampu untuk mengesan jika ada benda yang tak berapa kena dengan kenderaan, keadaan jalan, dan juga cara pemanduan. 

Otak yang tidak mampu untuk tahan penumpuan semasa memandu, tak layak untuk memegang stereng. Berhenti, dan rehat sebentar makan, atau minum apa yang patut. Untuk mereka yang tak biasa, rehat dan minum sekadar yang perlu sebab kadang kala makan boleh menyebabkan mengantuk yang amat sangat. 

2. Di atas jalan, pastikan keadaan sekeliling anda. Peka dengan keadaan jalan, sekali sekala (ikut aku: pandang setiap 5 saat) tengok cermin sisi kiri dan kanan di samping tumpuan pemanduan di hadapan. Sekurang-kurangnya, kita tahu apa yang bakal melintasi kita dari belakang, sama ada kiri dan kanan. Khas untuk rider macam aku, kadang kadang memang tak perasan pun kereta yang datang meluru dari belakang sebab blind spot. 

Untuk kereta pun sama. Blind spot dia lagi besar dari motor. Waspadalah. Selalu amalkan pandang cermin sisi dan cermin pandang belakang untuk keselamatan. Lagi satu, jangan la penuhkan cermin belakang tu dengan patung koala bear, teddy bear hello kitty dan sebagainya. Menganggu penglihatan. Payah nak nampak orang belakang.

Sebab itu pemanduan memerlukan tumpuan yang lebih. Tak perlu memegang henset untuk membalas mesej kawan, sebab ia akan mengalihkan tumpuan anda. Mendengar lagu itu optional, sebab tak semua mampu memandu dengan selingan muzik. 

if you know what i mean

3. Tahu had kenderaan anda. Tak perlu berlagak macam kereta/motor kuasa tinggi padahal handling macam celaka, brek tak makan dan sebagainya. Biasa-biasa sudahlah. Janji boleh sampai ke tempat yang dituju dengan selamat, walaupun lambat sikit daripada kereta biasa. 

Tapi benda macam ni adalah subjektif jugak. Bergantung kepada cara pemanduan dan adaptasi pemandu masing-masing. Tiada dua pemandu mempunyai cara pemanduan yang serupa. Mungkin laju bagi mereka adalah selamat, mungkin lembab adalah bahaya. Pemikiran masing-masing, janji tak membahayakan orang lain atas jalan. Bukan anda seorang sahaja pengguna jalan raya pada suatu masa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan