Pages

Khamis, 21 April 2016

Bermulanya Hidup Berdua

Sejak aku menerima seseorang untuk mengisi kekosongan (tahun 2014), setelah hampir tujuh tahun menyepi dari cinta pertama, aku mula belajar kembali erti hidup berdua/berteman. Kalau disebabkan dulu aku menyesal sebab terputus ditengah jalan disebabkan kesalahan sendiri, kali ini aku mahu lebih berhati-hati. Aku mahu peluang kali ini tidak disia-siakan.

Walaupun aku tahu, mungkin ia hampir pasti mustahil untuk direalisasikan.
Mungkin akan mengambil masa beberapa tahun lagi dari sekarang untuk aku hadapi dugaan sebelum berjaya memiliki seseorang untuk dijadikan peneman hidup. Sebab aku tahu dari awal lagi memang aku ambil jalan yang agak kejam, tapi tak semestinya mustahil untuk dilaksanakan.

I know her. And I know her family too. I know, kinda ridiculous to start a relationship with those conditions.

Susah sebenarnya nak jatuh cinta lagi. Sebab aku bukan macam orang lain. Aku bukan macam seseorang yang boleh terus move on, cari orang lain dan mulakan episod baru dalam hidup. Sesetengah orang boleh bukak buku baru dengan senang. Aku tak. Bayangkan dalam masa beberapa tahun ni, hanya dua orang je yang mampu. Mencari memang ada, tapi sekadar permukaan. Aku tak mampu nak selam habis sebab muatan tangki oksigen cinta terlalu kecil. Tak cukup untuk selami hingga ke dasar. 

Cukuplah dengan apa yang ada sekarang.
kerana aku banyak belajar, banyak berkongsi, banyak menjelajah, banyak makan bila bersama dia.
Kebetulan cinta itu hadir tanpa dipaksa. Maka aku teruskan menyelam, walaupun aku tahu aku bakal lemas atas kesilapan aku sendiri. Hidup berdua ni banyak mengajar aku erti tolak ansur, erti memahami pasangan sendiri, saling bantu apabila diperlukan.

Kesemua ini aku tak belajar dari hubungan yang terdahulu, apatah lagi aku yang dulu jahil yang amat terhadap hubungan cinta ini. Dulu hanya sekadar mengejar nafsu, orang ada, aku pun nak ada. Sudahnya, orang tu dah berkahwin, dan ada anak sorang. Last jumpa pun tak sengaja, mungkin dia dah lupa rupa aku macam mana. Biarlah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan